.largebanner { background:#fff; border-right:1px solid #f0f0f0; border-bottom:1px solid #f0f0f0; border-left:1px solid #f0f0f0; } .largebanner .widget { padding:15px 14px; overflow:hidden; } .largebanner img, .largebanner iframe{ display:block; max-width:100%; border:none; overflow:hidden; } @media only screen and (max-width:640px){ .largebanner .largebanner1 .widget, { padding:10px; }} @media only screen and (max-width:480px){ .largebanner .largebanner1 .widget, { padding:8px; }} /* CSS FOR LAYOUT */ body#layout .largebanner .widget { overflow: visible; }
BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH

Sunday, 24 December 2017

TANGGUNGJAWAB RAKYAT DALAM MENGEKALKAN KEMERDEKAAN

HARI MALAYSIA


Perdana Menteri,Tunku Abdul Rahman merupakan Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara. Singapura telah mengagaskan  satu rancangan yang telah membawa Persekutuan Tanah Melayu,Singapura,Borneo,Brunei dan Sarawak menjadi satu bentuk kerjasama pihak politik. Selain itu,mesyuarat Persatuan Parlimen Komenwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo dengan ini Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia yang dipengerusikan oleh Donald Stephen. Mesyuarat pertama adalah Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah. Mesyuarat kedua ialah Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching Sarawak dan mesyuarat ketiga ialah Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber ,Kuala Lumpur.

KEMERDEKAAN


         Istilah kemerdekaan digunakan untuk membezakan dengan penaklukan yang merujuk kepada sesuatu kawasan sebagai wilayah yang dikawal oleh sesebuah kerajaan luaran dari segi politik dan tentera.
            Kemerdekaan boleh juga difahami sebagai taraf permulaan bagi sebuah negara muncul sering kali untuk mengisi kekosongan politik tetapi sering merupakan perbezaan daripada kuasa yang mendominasikan kawasan itu. Dari segi negatif,kemerdekaan juga boleh ditakrifkan sebagai keadaan yang tidak dikuasai oleh kuasa yang lain melalui penjajahan,dasar peluasan, kuasa atau imperialisme.
     Kemerdekaan juga boleh diperoleh melalui penyahjajahan atau pembahagian. Walaupun ketiga-tiga ini sering berbekulan dengan kemerdekaan dan dikelirukan dengan pemberontakan yang merujuk kepada penggulingan pihak berkuasa secara ganas. Hal ini bertujuan untuk pengagihan semula kuasa dengan atau kes seperti pendemokrasian di dalam sebuah negara sehingga bentuk negara tidak berubah. Umpamanya, Revolusi Oktober Rusia bertujuan bukan untuk memperoleh Kemerdekaan negara sebaliknya Perang Revolusi Amerika Syarikat.
            Sebuah negara yang hendak menuntutkan kemerdekaan daripada pihak berkuasa akan mengumumkan pengisytiharaan Kemerdekaan Amerika Syarikat pada tahun 1776 yang paling masyhur.
           Terdapat beberapa sebab mengapa sesebuah negara atau wilayah hendak menuntut kemerdekaan. Kekeceraan terhadap pihak berkuasa merupakan alasan yang sering dikemukakan oleh gerakan-gerakan pengikut faham pemisahan,tetapi  kesusahan ekonomi biasanya adalah yang mencetuskan tindakan gerakan-gerakan tersebut.

Sambutan Hari Kemerdekaan dan Malaysia diraikan cuti pada Hari Malaysia  diraikan.

           Hari kemerdekaan disambut di setiap negara dalam Malaysia pada 31 Ogos.  Sambutan ini bertujuan untuk menandakan negara kita bebas dari penjajah. Hari Malaysia  juga disambut pada 16 September bagi  setiap tahun bertujuan untuk mengingati pertumbuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 yang disertai oleh Tanah Melayu,Sarawak,Sabah dan Singapura. Kedua-dua hari tersebut disambut secara besar-besaran dan meriah.
           Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah perarakan,konsert,pertunjukan pentas,pertandingan dan lain-lain. Pada jam 12 tengah malam,bunga api akan dilancarkan bagi menandakan ketibaan Hari Kemerdekaan dan kereta-kereta akan memasang dan mengibar jalur gemilang. Akhir sekali,rakyat malaysia diberikan cuti umum pada hari kemerdekaan.
          Terdapat beberapa sebab mengapa sesebuah negara atau wilayah hendak menuntut kemerdekaan. Kekeceraan terhadap pihak berkuasa merupakan alasan yang sering dikemukakan oleh gerakan-gerakan pengikut faham pemisahan,tetapi  kesusahan ekonomi biasanya adalah yang mencetuskan tindakan gerakan-gerakan tersebut.
Tanggungjawap rakyat dalam mengekalkan kemerdekaan.
          Merdeka adalah satu perkara yang amat bermakna kepada kita terutamanya kepada para perajurit yang terlibat secara langsung dalam peperangan untuk menuntut kemerdekaan.Keberanian dan kecekalan dalam diri tokoh-tokoh perlu kira hargai.Sifat kepahlawanan  telah memberi kebebasan kepada kita unuk mencorakkan bumi Malaysia  yang tercinta ini.
           Antara peranan remaja ialah para remaja perlu bersemangat setia kepada negara supaya pengekalan kemerdekaan negara dapat dilakukan dengan semangat kepahlawanan yang berkobar-kobar. Buktinya,menyertai Angkatan Tentera kerana tentera  diperlukan pada setiap masa disebabkan peperangan boleh tercetus secara tiba-tiba. Dengan adanya kekuatan tentera yang hebat ,kedaulatan negara dapat dipertahankan.
           Selain itu, remaja perlu bersatu padu dan hidup dalam keadaan harmoni. Sejarah telah membuktikan bahawa bersatu padu amat penting dalam mengekalkan keamanan negara.

KESIMPULAN

Secara keseluruhan, setiap kaum utama sama ada di Tanah Melayu mahupun di Sabah danSarawak mempunyai identiti dan kelompok masing-masing. Dengan adanya dasar-dasar kerajaan dan Rukun Negara, kesepaduan dan keharminian dapat dicapai. Kesepaduan sosial boleh wujud dan bercambah sekiranya semua pihak saling melengkapkan dan menjamin kelangsungannya demi meningkatkan daya tahan dan keharmonian dalam sesebuah masyarakat majmuk. Proses perpaduan di negara ini memerlukan kerjasama dan kesedaran semua pihak sama ada secara sedar atau tidak untuk memastikan kesepaduan sosial yang sedia ada dapat dikekalkan.

      Penduduk Malaysia seharusnya mengambil iktibar daripada Peristiwa 13 Mei 1969 yang banyak memberi kesan hitam kepada semua kaum di Malaysia. Oleh itu, bagi merealisasikan integrasi nasional dan pembentukan negara bangsa, maka kerajaan telah merangka dasar-dasar yang mampu menangani masalah setiap kaum seperti Rukun Negara supaya prinsipnya dapat dihayati oleh segenap rakyat tanpa mengira latar belakang masyarakat.