.largebanner { background:#fff; border-right:1px solid #f0f0f0; border-bottom:1px solid #f0f0f0; border-left:1px solid #f0f0f0; } .largebanner .widget { padding:15px 14px; overflow:hidden; } .largebanner img, .largebanner iframe{ display:block; max-width:100%; border:none; overflow:hidden; } @media only screen and (max-width:640px){ .largebanner .largebanner1 .widget, { padding:10px; }} @media only screen and (max-width:480px){ .largebanner .largebanner1 .widget, { padding:8px; }} /* CSS FOR LAYOUT */ body#layout .largebanner .widget { overflow: visible; }
BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH

Monday, 22 January 2018

PENDAHULUAN

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang berbeza agama dan budaya, namun mereka hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Kefahaman dan penghayatan terhadap sejarah negara dapat melahirkan rasa cinta terhadap negara. Perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu dan sejarah pembentukan Malaysia haruslah dihargai oleh generasi kini dan seterusnya. Usaha membina kejayaan Malaysiaharus diteruskan dengan mengekalkan semangat perpaduan, kerjasama dan menjaga keharmonian antara semua kaum di Malaysia. 
          Hubungan etnik ialah suatu aspek penting dalam kehidupan manusia kerana keadaan yang aman dan damai mampu mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang baik. Menurut Syamsul Amri (2012), keupayaan Malaysia mengekalkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial membolehkan negara ini terus membangun dengan pesat. Malaysia juga berjaya menjadi sebuah negara yang berpendapatan sederhana dalam tempoh kurang daripada 50 tahun. 

          Kehidupan manusia itu dapat dilihat dalam pelbagai konteks. Persaingan dan konflik antara etnik, sama ada secara nyata atau tidak sering berlaku di negara-negara yang berlatarbelakangkan masyarakat pelbagai kaum. Oleh itu, perpaduan menjadi cabaran dalam pembinaan negara bangsa.

CARA MEMUPUK SEMANGAT CINTAKAN NEGARA


Contoh semangat cintakan negara


Semangat cintakan negara bukanlah hanya satu luahan semata-mata, namun sewajarnya ditunjukkan melalui perlakuan yang rasional. Antaranya,  kita sebagai pihak individu bertanggungjawab menyertai aktiviti sukan dan permainan. 


      Bukan aktiviti ini sahaja memberi faedah kesihatan kepada setiap individu namun mampu meningkatkan semangat kekitaan dalam masyarakat. Contohnya kita boleh menyertai aktiviti sukan negara yang dianjurkan oleh pihak kerajaan pada setiap tahun.

       Seterusnya, kita harus menghormati raja dan pemimpin negara. Kita harus taat kepada amalan daulat tuanku iaitu dengan menuruti segala perintahnya yang berlandaskan Perlembagaan Negara. Kita juga harus menyokong segala aktiviti yang dianjurkan oleh pemimpin. Contohnya, kita sewajarnya memberikan komitmen dalam aktiviti kemasyarakatan seperti menjadi ahli sukarelawan untuk memberikan pertolongan semasa pemindahan mangsa banjir.

        Dalam pada itu, kita sebagai generasi yang akan datang, sepatutnya mempunyai fikiran untuk mengharumkan nama negara. Generasi muda sepatutnya membuktikan semangat patriotik melalui penciptaan, inovasi, bakat yang mampu mempromosikan negara Malaysia sehingga peringkat antarabangsa. Contohnya, pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak telah mewakili negeri dalam Pertandingan Petroscience Show dan telah menjuarai pertandingan tersebut. Setelah itu, mereka berjaya melakukan pertunjukkan tersebut di negara Australia.

        Untuk mempertahankan kedaulatan negara, semangat cintakan negara harus dipupuk sejak kecil lagi. Para cendekiawan sepatutnya mengambil kesempatan dalam mempromosikan penulisan mereka melalui hasil karya, teater, drama yang mampu mencetuskan inspirasi semangat cintakan negara.Contohnya, kisah penulisan yang tersohor sehingga kini ialah Hikayat Hang Tuah. Seterusnya, pihak kerajaan dan bukan kerajaan haruslah berganding bahu dalam menganjurkan aktiviti yang bertujuan mengekalkan seni warisan .Contohnya, pihak politeknik telah mengalu-alukan penglibatan mahasiswa dan mahasiswi dalam bidang seni. Kelab Kewaris ditubuhkan untuk mengekalkan seni warisan dan budaya Malaysia agar tak lapuk dekhujan, taklekangdekpanas.


       Hari kemerdekaan wajar diraikan pada setiap tahun. Dengan meraikan sambutan yang bermakna ini, ia mampu memberikan kesan yang mendalam terhadap setiap rakyat Malaysia mengenai pengorbanan tokoh-tokoh kemerdekaan yang telah banyak berjasa. Sambutan ini akan lebih efisien jika disertai dengan aktiviti yang menarik seperti drama mengenai pengorbanan pahlawan, acara dan memakan ubi sahaja untuk merasai kesusahan dan keperitan nenek moyang.