Contoh semangat cintakan negara
Semangat cintakan negara bukanlah hanya satu luahan semata-mata,
namun sewajarnya ditunjukkan melalui perlakuan yang rasional. Antaranya, kita sebagai pihak individu bertanggungjawab menyertai aktiviti sukan dan permainan.
Bukan aktiviti ini sahaja memberi faedah kesihatan kepada setiap individu namun mampu meningkatkan semangat kekitaan dalam masyarakat. Contohnya kita boleh menyertai aktiviti sukan negara yang dianjurkan oleh pihak kerajaan pada setiap tahun.
Seterusnya, kita harus menghormati raja dan pemimpin negara. Kita
harus taat kepada amalan daulat tuanku iaitu dengan menuruti segala perintahnya yang
berlandaskan Perlembagaan Negara. Kita juga harus menyokong segala aktiviti yang
dianjurkan oleh pemimpin. Contohnya, kita sewajarnya memberikan komitmen dalam aktiviti kemasyarakatan seperti menjadi ahli sukarelawan untuk memberikan pertolongan semasa pemindahan mangsa banjir.
Dalam pada itu, kita sebagai generasi yang
akan datang, sepatutnya mempunyai fikiran untuk mengharumkan nama negara.
Generasi muda sepatutnya membuktikan semangat patriotik melalui penciptaan, inovasi,
bakat yang mampu mempromosikan negara Malaysia sehingga peringkat antarabangsa.
Contohnya, pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul
Razak telah mewakili negeri dalam Pertandingan Petroscience Show
dan telah menjuarai pertandingan tersebut. Setelah itu,
mereka berjaya melakukan pertunjukkan tersebut di negara Australia.
Untuk mempertahankan kedaulatan negara,
semangat cintakan negara harus dipupuk sejak kecil lagi. Para
cendekiawan sepatutnya mengambil kesempatan dalam mempromosikan penulisan mereka melalui hasil karya,
teater, drama yang
mampu mencetuskan inspirasi semangat cintakan negara.Contohnya, kisah penulisan yang
tersohor sehingga kini ialah Hikayat Hang Tuah. Seterusnya, pihak kerajaan dan bukan kerajaan haruslah berganding
bahu dalam menganjurkan aktiviti yang bertujuan mengekalkan seni warisan
.Contohnya, pihak politeknik telah mengalu-alukan penglibatan mahasiswa dan mahasiswi dalam bidang seni.
Kelab Kewaris ditubuhkan untuk mengekalkan seni warisan dan budaya
Malaysia agar tak lapuk dekhujan, taklekangdekpanas.
Hari kemerdekaan wajar diraikan pada setiap tahun.
Dengan meraikan sambutan yang bermakna ini, ia mampu memberikan kesan yang
mendalam terhadap setiap rakyat Malaysia mengenai pengorbanan tokoh-tokoh kemerdekaan
yang telah banyak berjasa. Sambutan ini akan lebih efisien jika disertai dengan aktiviti
yang menarik seperti drama mengenai pengorbanan pahlawan, acara
dan memakan ubi sahaja untuk merasai kesusahan dan keperitan nenek moyang.


No comments:
Post a Comment